Friday, February 11, 2011

Lelaki, perempuan & dot dot dottt...

ni cite aku jumpa.. copy n paste je.. walaupun bukan smuanya berkaitan hidup aku.. but got certain things that i wanted to say but don't have the exact words... so ini la yg terdekat utk aku huraikan.. hehehe... layanzzzzz...

ps: gambar kat bawah tu xda kena mengena ngan cita kat bawah.. hehehe...




Ini adalah pengalaman hidup aku. Bercinta dan putus cinta tu mmg perkara biasa dlm hidup aku. Tapi aku xpernah menyalahkan sesiapa. Cuma aku nak luahkan apa yg selalu disalah ertikan tentang lelaki. Lelaki sering dikaitkan dgn ego. Salah ke lelaki ego? Lelaki ego krana mempertahankan haknya dari dipijak2. Lelaki dikatakan tdak berperasaan. Tp lelaki lah yg paling banyak kecewa. ini realitinya. Lelaki tidak seperti prempuan. Ingin satu dunia tahu yg dia sedang kecewa.

Lelaki juga manusia yang ada hati dan perasaan. Cuma dia tidak akan memburukan pasangannya andai dia kecewa. Kerana dia sedar dalam kehidupan realiti bukan selalunya indah. Bg perempuan yg manis sahaja yg diigininya. Yang pahit susah ditelaninya. Sbb itu kepahitannya perlu dikongsi semua org demi inginkan perhatian. Kerana khidupanya xpernah mrasai kepahitan. dri kcil sampai dewasa ibu dan ayah menumpukan perhatian terhadapnya. Bg lelaki dia mmg diajar utk membina kehidupannya sendiri. Segala pahit maung dia merasainya. Itu menjadikannya seorg yg tabah melalui liku2 kehidupannya.

Pengalaman aku melihat kawan yg bercinta aku mulai sedar akan bahaya seorang perempuan itu. Lelaki bkn mudah utk jatuh cinta tp skali dia jatuh cinta dia akan hanyut dibawa arus. Ramai kawan aku merana kerana cinta. Ade yg skarang meringkuk didalam penjara. Ade yg sedih berpanjangan.. semua kerana seorg perempuan.

Kisah tercampaknya Adam dan Hawa kemuka bumi kerana pujukan hawa. Namun Adam x salahkan Hawa kerana Adam tahu itu adalah kehendak dan takdir Yang Maha Esa. Biarpun terpisah Adam mencari Hawa dibumi. Adam boleh tinggalkan Hawa dan boleh salahkan Hawa kerana menyebab mereka terkeluar dari syurga dan tercampak kebumi. Tapi kerana cinta jugalah yang menemukan mereka. Lagipun Adam sedar dia yg memohon kepada Allah agar hawa yg menemaninya. Jadi sgala baik dan buruk hawa juga turut diterimanya. Begitulah adat perkawinan. Suami yg akan menanggung dosa2 isterinya.

Begitu jugalah yg berlaku kepada Yusof difitnahkan zulaikha sehiggakan dipenjarakan. Akhirnya Yusof menghawini sesorang yang pernah membuatkan dia menderita bertahun2 lamanya.

Tengoklah saja dengan Firaun. Seorang yang kejam membunuh semua kanak2 lelaki juga lembut apabila dipujuk oleh isterinya agar Musa hendak jadikan anak angkat. Akhirnya dia ditenggelamkan dilaut merah. Bertapa besarnya kesan pujuk rayu perempuan kpada lelaki.

Zaman skarang perempuan sudah mulai menyerupai lelaki walaupun dr segi fizikalnya tidak menampakan dia lelaki tp apa yang lelaki buat dia pun nak buat. Demi setanding lelaki, dan tidak mahu mengalah dan dia akn melawan arus. Dia sanggup lakukan apa saja demi mengatasi lelaki. Dalam xsedar dia sbenarnya menggunakan cara yg salah utk berada ti tempat teratas.

Lelaki dijadikan batu loncatan. Pujuk rayunya memusnahkan lelaki. Akhirnya dia lupa diri. Itulah perempuan yang aku nampak sekarang ini. Berbagai2 organisasi ditubuhkan dan hak2nya diperjuangkan. Sedangkan dia tidak sedar yang memberi dia peluang bersuara adalah lelaki sendiri. Tetapi dia menggunakan utk menjatuhkan lelaki. Kerana haknya disuarakan tanpa diberi pertimbangan maka wujudlah senario yang menyogok-nyogok minda generasi hawa yang lain bertapa dasyatnya institusi perkahwinan itu dn bertapa kejamnya lelaki. Inikah yg dinginkan perempuan?

Berbanding dizaman jahiliyah perempuan tiada hak utk bersuara. Tp setelah Kelahiran Junjungan Besar Muhammad S.A.W bertapa perempuan diagungkan. Tp inilah yg berlaku apabila kaduk naik junjung. Diberi betis hendak peha. Tidakah kau sedar perempuan itu tdak jadikan dari kepala bukan utk dijunjung dan tidak juga dr kaki utk dipijak tp dijadikan dari rusuk utk dilindungi dgn tangan dan dkat dihati utk disayangi. Jadi tanyalah apakah pergorbanan yg terbesar yg boleh diberikan kepada lelaki yg masih menyayangimu walaupun sayangnya tidak terucap dgn kata2?

Usah harapkan yg sebaik Muhammad andai diri tidak sebaik Khadijah. Sama2lah kita fikirkan.