homestay kg ujung bukit |
yang aku terkilannya sebab aku lupa plak nak amik gambaq time ramai2 tu.. huhu.. pasni xtau la bila pulak nak berkumpul mcm ni.. nak tunggu adik laki aku tu kawin.. x lagi kot dalam masa terdekat.. yang aku suka sangat bukan apa kat kampung ni.. sebab dengan org x kenal pon mesra.. senyum, angkat tangan dan ada yang jemput makan walaupon kat kedai makan..
aku di besarkan dengan budaya ni... bila aku merantau ja ke shah alam.. mmg aku terkejut abih.. nak angkat tangan, tegur pon cukup payah.. tambah lagi nak sembang2... paling aku terkedunya.. kenduri @ open house panggil kawan opis.. setau aku la.. macam kenduri kawin ni untuk sebarkan atau bagitau kat jiran2 yang kita dah berkahwin.. tapi kalau dah bt kenduri jiran x panggil.. dah camna konsep tu??
aku x dapat terima langsung suasana ni.. sebab tu la aku nak balik kampung.. time cuti raya baru2, ada la kereta mai dari depan kat jalan nak keluar kampung aku.. jalan kg aku memang kecik.. 1 keta ja bleh lalu satu2 masa.. aku dari jauh dah nampak.. keta tu selamba jer terus.. xdak nak break atau masuk simpang untuk bagi laluan.. bukan aku mintak dia bagi laluan... tapi adab tu.. tgk no plate.. org luar.. patut la x reti.. aku ingat lagi time kecik2 naik keta ngan bapak aku.. kalu bertembung kereta.. masing2 bagi laluan.. masing2 masuk tepi siap suruh jalan dulu.. kira time tu sapa yg p dulu tu malu la..
sampai tahap tu sekali nak dikatakan adab nih.. aku igt lagi ayah aku kalau selisih dengan orang kampung kadang2 kalau xdak kereta kat belakang siap singgah kat tengah jalan.. tegur sepatah dua baru jalan balik.. pernah aku bawak kawan aku balik kampung.. tengah naik moto lalu kat tali air.. ada orang tegur.. kawan aku tanya.. 'sape..??' aku cakap.. 'mana aku kenal'..kawan aku tanya lagi.. 'dah tu nape dia tegur nko..??' time tu aku pelik.. 'nak kena kenal baru tegur ker..??'
bila aku dah kat sini baru aku faham.. aku kat sini still cuba sebar2kan amalan2 aku kat kg.. harap2 x pupus la.. paling sibuk pon kurang2 angkat tangan dah la.. aku kalau ada peluang memang akan p ajak jumpa kawan2 atau p melawat rumah depa.. aku nak teruskan adab2 ni..
"Sabda Nabi Muhammad s.a.w bahawa Allah s.w.t berfirman: “Pasti akan dapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku”.
ini tujuan aku.. ramai masih x faham.. bini aku ingat aku nak p sebab nak lepak ngan kawan2.. huhu.. xpa.. dah memang tanggungjawab aku nak ajar dia pon.. sebab aku bersungguh sangat ni adalah kerana;
Rasulullah s.a.w. bersabda :-"Sampaikanlah pesan-Ku biarpun satu ayat..."