Macam2 jadi sejak dari last blog aku.. sejak raya haji baru ni aku dah berhenti kerja aka disuruh berhenti.. well, orang dah x appreciate kita, x payah la nak terhegeh2 lagi.. siap offer vss dan terminate semua kontrak.. ni sudah bagus.. berita baik.. ni adalah apa yang aku doakan tiap2 kali lepas solat.. Allah s.w.t dah beri jalan keluar... syukur pada-NYA yang MAHA Mendengar & Maha Pengampun.. Walaupon aku banyak dosa, DIA masih bagi peluang kat aku..
Paperwork untuk pinjaman dah siap.. dekat dua bulan jugak la nak siap.. finally..!!! aku plan nk bukak ladang... haha.. bila aku cakap nak tanam, ramai jugak yang macam x yakin.. well, bukan salah depa.. kita yang dibelunggu dengan cara pemikiran kita.. bila kata petani saja mesti ingat kerjaya yang x sehebat kerja2 lain kan?? tu semua mentaliti orang kita.. sedangkan kat luar negara petani2 semua jutawan.. aku bukan takat nak jadi petani.. aku nak jadi usahawan tani..
Asal cakap petani ja pikiaq kotoq, pegang cangkul, baju selekeh dll.. aku nak ubah semua tu.. ramai dah petani2 yang aku jumpa dah berjaya.. income depa kalah engineer @ doktor.. cuma depa x tunjuk ja.. awai2 aku plan nak usaha tanah belakang rumah kat kampung.. ada la 5 ekar.. tu pon tanah mak aku adik bradik.. cadang nk start 1/2 ekar dulu dengan cili dalam 3000 pokok.. mau menjadi boleh la aku perbesaq sikit2.. tapi bila buat kira2.. nak starting punya kos tinggi lagi dari kos bahan mentah.. aku nak kena buat bangsal untuk tempat simpan baja, opis, tempat simpan tangki baja, pam dan tempat kumpul hasil.. panggil bob tgk tanah tu.. dia kata kawasan tanah mendap.. nak kena tambak lagi.. pastu ayaq nak kena korek perigi lagi.. tarik api lagi.. mau 3 tiang kena tambah dari jalan..
Kos nk start projek ni dalam RM20K ja tapi bila campoq semua tu dah dekat RM80K.. aku awai2 ni kalau boleh nak kurangkan kos.. kalau awai2 dah tinggi,, lambat la nak balik modai.. Alhamdulillah.. ALLAH S.W.T Maha mendengar... DIA tunjukkan kan jalan kat aku... 2,3 hari lepas aku p seminar pengurusan ladang kat Kuala Lumpur International Hotel.. kat situ aku dapat jumpa petani2 yang dah berjaya dari seluruh Malaysia.. memang tambah exited la.. banyak kontek yang aku dapat dan kenal.. dari situ jugak aku dapat info ada ladang fertigasi yang baru kosong untuk disewa kat Padang Siding, Pauh.. dah siap semua peralatan, api air semua.. ada la dalam 12 ekar.. Alhamdulillah.. rasa nak jerit time dapat berita tu.. tambah2 la exited.. hahaha..
Dah call untuk site visit isnin minggu depan.. nak kena survey dulu dan bincang T&C.. nak tengok apa barang2 yang boleh pakai lagi dan kena ganti.. kertas kerja pon kena buat balik.. x banyak sangat kena amend.. bahagian plan dan kira2 ja.. sebab bila sewa, kos untuk starting dah kurang.. mungkin dalam 20-30K ja kot.. silap2 dah ada rumah pelindung hujan... untung sangat2.. x sabaq nk p tengok site minggu depan.. minggu ni aku nak kena kumpui maklumat apa yang nak kena ganti untuk buat balik kertas kerja..
Nak kena siapkan kertas kerja secepat mungkin.. aku plan nk start bulan 1 tahun depan.. ni dah nak masuk bulan 11.. x lama dah tu.. paperwork tu lepas hantaq nak tunggu depa meeting lagi.. pastu dah dapat approval.. baru bawak p Putrajaya.. kena meeting lagi sekali.. lepas yang tu baru hantaq p Bank Pertanian.. lepas yang tu baru la dapat.. ingat senang ka nak senang...??? haha.. mintak2 semua jalan dengan lancar..
Semoga dipermudahkan semuanya pacat.. Aku doakan hang berjaya nanti.. In shaa allah
ReplyDeleteAminnn.. Haha.. tq2..
Delete