Macam2 jadi sejak dari last blog aku.. sejak raya haji baru ni aku dah berhenti kerja aka disuruh berhenti.. well, orang dah x appreciate kita, x payah la nak terhegeh2 lagi.. siap offer vss dan terminate semua kontrak.. ni sudah bagus.. berita baik.. ni adalah apa yang aku doakan tiap2 kali lepas solat.. Allah s.w.t dah beri jalan keluar... syukur pada-NYA yang MAHA Mendengar & Maha Pengampun.. Walaupon aku banyak dosa, DIA masih bagi peluang kat aku..
Paperwork untuk pinjaman dah siap.. dekat dua bulan jugak la nak siap.. finally..!!! aku plan nk bukak ladang... haha.. bila aku cakap nak tanam, ramai jugak yang macam x yakin.. well, bukan salah depa.. kita yang dibelunggu dengan cara pemikiran kita.. bila kata petani saja mesti ingat kerjaya yang x sehebat kerja2 lain kan?? tu semua mentaliti orang kita.. sedangkan kat luar negara petani2 semua jutawan.. aku bukan takat nak jadi petani.. aku nak jadi usahawan tani..
Asal cakap petani ja pikiaq kotoq, pegang cangkul, baju selekeh dll.. aku nak ubah semua tu.. ramai dah petani2 yang aku jumpa dah berjaya.. income depa kalah engineer @ doktor.. cuma depa x tunjuk ja.. awai2 aku plan nak usaha tanah belakang rumah kat kampung.. ada la 5 ekar.. tu pon tanah mak aku adik bradik.. cadang nk start 1/2 ekar dulu dengan cili dalam 3000 pokok.. mau menjadi boleh la aku perbesaq sikit2.. tapi bila buat kira2.. nak starting punya kos tinggi lagi dari kos bahan mentah.. aku nak kena buat bangsal untuk tempat simpan baja, opis, tempat simpan tangki baja, pam dan tempat kumpul hasil.. panggil bob tgk tanah tu.. dia kata kawasan tanah mendap.. nak kena tambak lagi.. pastu ayaq nak kena korek perigi lagi.. tarik api lagi.. mau 3 tiang kena tambah dari jalan..
Kos nk start projek ni dalam RM20K ja tapi bila campoq semua tu dah dekat RM80K.. aku awai2 ni kalau boleh nak kurangkan kos.. kalau awai2 dah tinggi,, lambat la nak balik modai.. Alhamdulillah.. ALLAH S.W.T Maha mendengar... DIA tunjukkan kan jalan kat aku... 2,3 hari lepas aku p seminar pengurusan ladang kat Kuala Lumpur International Hotel.. kat situ aku dapat jumpa petani2 yang dah berjaya dari seluruh Malaysia.. memang tambah exited la.. banyak kontek yang aku dapat dan kenal.. dari situ jugak aku dapat info ada ladang fertigasi yang baru kosong untuk disewa kat Padang Siding, Pauh.. dah siap semua peralatan, api air semua.. ada la dalam 12 ekar.. Alhamdulillah.. rasa nak jerit time dapat berita tu.. tambah2 la exited.. hahaha..
Dah call untuk site visit isnin minggu depan.. nak kena survey dulu dan bincang T&C.. nak tengok apa barang2 yang boleh pakai lagi dan kena ganti.. kertas kerja pon kena buat balik.. x banyak sangat kena amend.. bahagian plan dan kira2 ja.. sebab bila sewa, kos untuk starting dah kurang.. mungkin dalam 20-30K ja kot.. silap2 dah ada rumah pelindung hujan... untung sangat2.. x sabaq nk p tengok site minggu depan.. minggu ni aku nak kena kumpui maklumat apa yang nak kena ganti untuk buat balik kertas kerja..
Nak kena siapkan kertas kerja secepat mungkin.. aku plan nk start bulan 1 tahun depan.. ni dah nak masuk bulan 11.. x lama dah tu.. paperwork tu lepas hantaq nak tunggu depa meeting lagi.. pastu dah dapat approval.. baru bawak p Putrajaya.. kena meeting lagi sekali.. lepas yang tu baru hantaq p Bank Pertanian.. lepas yang tu baru la dapat.. ingat senang ka nak senang...??? haha.. mintak2 semua jalan dengan lancar..
Thursday, October 30, 2014
Friday, May 9, 2014
SHO intebiu..
Minggu lepas ada member kelas SHO aku ckp syarikat dia nak pakai orang.. kat padang besaq plak tu.. teruih aku forward resume.. gila x mau balik perlis..!!! hahaha... kelas SHO tu aku amik taun lepas bulan Feb-April.. part time ja weekend.. tu pon seksa.. 2 bln sabtu ahad p kelas.. habis ja kelas tu aku try cari keja bidang safety tapi x dapat2 pon.. lepas tu aku pon dh x sentuh langsung pasal2 safety ni..
Lepas hantaq resume member aku set interview.. bersengkang mata la aku dalam seminggu stadi balik.. stadi last minit.. memang kompom la kalut.. semalam interview.. malam sebelum tu kpala dah blur.. baca apa pon x masuk.. yg dah baca sebelum ni pon satu pon dah ingat.. mental block kot.. haha.. pagi kemarin sebelum p interview bleh plak cirit birit.. dekat sejam aku kluaq masuk bilik ayaq.. dah jadi lambat plak.. last2 bini aku buat air teh o kosong pekat.. terus ok..
time tu dah pkl 8.45.. interview pkl 9.30.. opis tu dekat ikea.. keluar naik moto.. minyak pulak sikit.. singgah isi minyak.. memang full throttle la.. dalam hati dok doa selamatkan la perjalanan aku ni dan bagi la sempat sampai.. masuk federal pastu masuk NKVE kluaq kot damansara pastu LDP sampai la IKEA... nasib baik pakai waze.. sampai kat opis tu ngam2 9.30.. tapi aku x jumpa plak.. rupanya opis tu sewa skali ngan apartment.. memang la x jumpa..
naik atas isi borang semua interview pon start.. dalam hati dok mintak jangan la tanya benda2 yg aku x leh jawab.. time tu semua x keluaq.. FMA ka OSHA ka.. block trus.. tawakal je la.. interview pon start la..mula2 dia cerita pasal syarikat tu.. pastu cita pasal diri aku pulak.. dalam interview tu xdak pulak dia tnya2 akta2 atau apa2 detail pasal safety ni.. aku rasa dia nak tengok personaliti diri orang tu la kot.. dia nak orang yang betul2 serius nak kerja situ.. ya la... kat perlis.. bukan KL.. satgi keja x sampai sebulan blah..
gaji dia offer memang kurang banyak la dari dapat sekarang.. tapi adil la.. aku baru lagi dalam safety.. pengalaman pon xdak.. lagipon dok perlis.. ok la.. cukup la nak makan.. nak bermewah x leh la.. yang penting bleh balik perlis.. hehe.. last2 dia kata kena tunggu dalam 2-3 minggu baru tau keputusan.. tapi dia cakap ada lagi yang dah datang interview ada pengalaman lebih dari aku.. terus down... haha..
la ni tinggai berdoa & tawakal ja la.. apa pon DIA saja tau yang terbaik.. kita cuma merancang.. DIA yang tentukan... nak balik perlisss... waaaaa...
depan rumah aku |
Monday, April 28, 2014
rumah lagii!!!
sabtu minggu lepas aku p jumpa pemaju.. rumah x buat lagi bulan 6 baru nak buat.. insyaallah pertengahan 2016 siap.. harga boleh tahan.. tapi apa nak buat.. dah memang tu harga rumah.. xkan la nak menyewa sampai tua.. kurang2 ada rumah nanti kalau nak balik perlis ada jugak la aset nak jual buat modal kan..?? hehe..
rumah contoh |
kawasan tu dalam kampung.. memang dalam sungguh.. dari jalan besar memang x nampak la.. masuk kot celah ladang tebu, tali ayaq... tup2 jumpa taman.. sebab tu la harga x mahai macam kat tengah2 shah alam.. yang aku ralatnya, pemaju tu ckp sebab aku ada diploma ja.. loan aku boleh sampai 30tahun maximum.. kalau degree baru dapat 35 tahun.. awat org ada degree umoq lagi panjang ka??
x paham aku... patut ikut gaji la.. lagi la depa buat payah.. 5 tahun pon banyak jugak o0o0 beza bulan2 nak bayaq.. tengok la nanti.. nak p bayaq booking pastu aku nak mohon sendiri kat bank. aku tanya pasai pinjaman pon dok garu kepala manjang pemaju tu.. satgi dah lulus ada plak hidden terms yg aku x tau.. 30 taun kena ikat oii.. bukan sat.. personal loan yg 3 taun pon dok rasa lama x sangga.. haha..
semalam plak.. bosan x tau nak buat apa.. bawak bini aku p bukit cerakah.. masuk kena rm3 sorang.. mula nak berjalan.. pastu nampak ada plak sewa gerek.. malas pulak nak jalan.. hahaha.. sewa rm10 utk jam pertama.. lepas tu baru tambah sejam sringgit.. aku pulak dah lama x masuk.. lupa pulak kawasan tu berbukit.. sudahnya.. kayuh ada la dalam 15 menet.. rehat dekat sejam.. hahaha.. ketaq lutuit wehhh..
bukan takat pecah peluh dah.. memang mandi peluh.. org kayuh gerek.. aku tolak naik bukit.. x dan sampai hujung.. lepak pastu ajak bini aku patah balik.. lepas ni mau nak masuk.. masuk ngan bas ja la.. keh3..
Friday, February 7, 2014
update..
Minggu lepas hari khamis, HR manager panggil aku masuk dalam bilik Operation manager. Depa bagi surat kenaikan gaji aku. aku pon belakon la terkejut.. padahal mmg dah tau pon.. dah aku yg mintak naik kat bos aku. hahaha..naik pon x dak la banyak sangat. tapi ok la sebab tempat baru ni xdak elaun macam tempat lama. kat tempat lama walaupon basic kecik, elaun banyak. jadi bila masuk tempat baru ni aku mintak la basic tinggi sikit ja dari tempat lama. sekali elaun apa pon x dak. tu aku fight balik.. gaji tempat lama campur elaun lagi mahal dari tempat baru. baik aku x payah tukaq kerja kan.??
dah la kena keja sampai malam. satu hapa pon xdak. patut dah keja lebih masa tu kalau xleh OT pon bagi la masuk lambat sikit esok tu. ni x, balik pkl 10 mlm esok masuk macam biasa pukul 8.30pagi.. memang x adil la. keja teruk2 untuk apa. tapi naik gaji ni pon tetap depa xleh suruh aku balik lambat. tapi awal2 lagi rilek dulu. nanti bila order dah masuk baru la aku boleh demand.. haha.. keja kena smart beb.. cukup la aku korbankan mata aku sebab kerja aku yg sebelum ni. last2 apa pon xdak. kot nak bagi pampasan ka apa. siap nak tukaq aku p department lain lagi ada la.
esok harinya pulak, waktu otw nk p kerja aku accident. aku tengah follow satu keta ni potong lori trelar. skali lori tu boleh masuk lane kanan plak. apa lagi brek emergency la keta tu. aku pon brek tapi sedaq2 aku dah kat hospital. time sedaq tu aku blur sangat2. rasa cam mimpi.. apa aku buat kat sini? macam mana aku boleh ada kat sini.? nama aku pon x ingat.. sebab terhantuk kot. time tu aku kat klinik kesihatan sec 7. sebab aku ni macam hilang ingatan depa hantaq aku p hospital Klang pulak. sampai sana baru la ingatan aku pulih sikit2.
petang tu pulak manager aku mai melawat. kena perli sedas.. seronok sangat naik gaji ni.. sampai accident.. adeh.. makan dalam siutt.. hahaha.. semalam pulak aku p makan2 kat rumah rota.. last minit punya plan.. boyan yang ajak.. fiq pon join skali.. smalam pon aku blk dah pukul 8mlm.. pesiap tender punya pasai la.. sampai rumah. terus p panas enjin.. tiba2 bau petrol..
ah.. sudah.. kompom leaking ni.. bukak bonet terus aku suluh cari punca leaking.. suluh punya suluh jumpa jugak.. sebelah kanan enjin.. kat bahagian apa nama ntah.. kalau menitik xpa lagi, ni laju ja macam ayaq paip.. perghh.. sebab gelap tambah pulak lampu suluh pon dah malap.. aku tutup ja la enjin.. p rumah rota dengan motor ja la.. baru nak gerak nak p rumah rota, boyan pulak call... nak p sekali katanya sebab x tau jalan.. aku pon x tau.. hahha.. tapi rota dah bg map dah so senang ja la.. lagipon opis lama aku dekat2 situ jugak.. pukul 9 jugak la sampai rumah rota.. huhu.. banyak sungguh dugaan.. nasib baik bini memahami dan x banyak songeh.. haha..
aku bawak nasik.. fiq bawak KFC.. boyan pulak bawak ais krim.. yang lain semua rota masak.. nasib baik la esok tu keja.. kalau x memang lama la kami lepak.. haha.. memang selera mau makan ramai2 ngan member ni..
KFC sponser by Fiq |
rota punya menu.. kari kepala ikan, tomyam campoq ngan sotong masak kicap |
boyan, rota & wify |
Subscribe to:
Posts (Atom)